SETIU, 2 Jun 2026: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Setiu hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan amⱥng sɇksual terhadap dua pelajar lelaki berusia 15 dan 17 tahun bulan lalu.
Tertuduh yang berumur 42 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan lima kesalahan amⱥng sɇksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di beberapa lokasi di Kampung Anak Ikan, Besut dan Kuala Terengganu antara 5 hingga 11 Mei lalu.
Tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun yang didakwa berlaku di sebuah tandas sekolah menengah di daerah Besut.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 12(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Sɇksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee manakala mahkamah menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
