Pemandu Volkswagen Golf GTI didakwa hari ini


KUALA TERENGGANU, 3 Jun 2026: Pemandu kereta Volkswagen Golf GTI yang terbabit dalam kemⱥlangan di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu pada 19 Mei lalu sehingga mengorbⱥnkan seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.


Tertuduh yang berusia 43 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemⱥtian dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.


Mengikut pertuduhan, peniaga itu didakwa memandu Volkswagen GTI secara berbahaya sehingga menyebabkan kemⱥtian Wah Han Keong, 18, dalam kejadian kira-kira jam 3.36 petang pada 19 Mei lalu.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai dibicarakan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Ogos depan.


Sebelum ini, kemⱥlangan tersebut mendapat perhatian ramai selepas sebuah Volkswagen GTI dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang di pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah van yang dinaiki mⱥngsa bersama bapanya. Insiden itu menyebabkan tiang berkenaan tumbang dan menembusi van sehingga mengakibatkan mⱥngsa mⱥut di lokasi kejadian.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan