Lima pesalah syariah jalani hukuman 20 kali sebⱥtan di Penjara Marang


MARANG, 7 Jun 2026: Seramai lima pesalah syariah termasuk dua pasangan menjalani hukuman keseluruhan 20 kali sebⱥtan di Mahkamah Penjara Marang, hari ini.

Mereka menjalani hukuman kategori Rotan Ringan (RR) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan khalwat berulang dan persediaan bagi persetʉbuhan luar nikah.

Kesemua pesalah tiba di Mahkamah Penjara Marang kira-kira jam 10.05 pagi sebelum proses hukuman selesai sekitar jam 11 pagi.

Difahamkan, hukuman dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan dengan setiap pesalah disebat oleh tukang sebⱥt berbeza sebelum disahkan Pegawai Sebat.

Seorang wanita berusia 20 tahun menerima hukuman paling tinggi iaitu enam kali sebⱥtan.

Sementara itu, sepasang kekasih berusia 25 dan 23 tahun masing-masing dikenakan empat kali sebⱥtan selepas didapati bersalah melakukan persediaan bagi persetʉbuhan luar nikah di dalam sebuah kereta di daerah Marang pada 4 Disember tahun lalu.

Satu lagi pasangan berusia 26 dan 24 tahun pula menerima tiga kali sebⱥtan setiap seorang selepas didapati melakukan kesalahan khalwat berulang di Kerteh, Kemaman pada Januari lalu.

Kesemua lima pesalah dijadualkan dibebaskan pada hari yang sama selepas selesai menjalani hukuman masing-masing.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan