Panjat bumbung, tidur dalam gelap elak dicekup Imigresen


KUALA LUMPUR, 20 Jun 2026: Cubaan ratusan pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di atas bumbung, dalam bilik gelap dan berpura-pura tidur gagal apabila premis penempatan mereka di kawasan Pudu diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) awal pagi tadi.

Operasi bermula sekitar jam 12.05 tengah malam itu menyaksikan suasana kecoh apabila kehadiran penguat kuasa disedari, dengan sebahagian warga asing bertempiaran mencari tempat persembunyian dan cuba meloloskan diri.

Menurut pegawai operasi, taktik bersembunyi dalam bilik gelap atau memanjat bumbung bukan perkara baharu dan pihaknya telah melakukan pemeriksaan menyeluruh di setiap sudut premis.

Hasil operasi, seramai 320 warga asing diperiksa sebelum 186 daripadanya ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memaklumkan antara kesalahan dikesan termasuk tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan