Wanita warga emas parah dihentak dengan penukul, lelaki 25 tahun ditahan


DUNGUN, 20 Jun 2026 : Seorang wanita warga emas berusia 79 tahun mengalami kecederaan parah selepas dipercayai dipukul menggunakan penukul dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kuala Abang, petang Khamis.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.55 petang itu dipercayai membabitkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang tinggal bersama mⱥngsⱥ.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas suspek dipercayai cuba keluar dari rumah sebelum dihalang oleh mⱥngsⱥ sehingga tercetus pertengkaran.

Suspek kemudian dipercayai menolak mⱥngsⱥ sebelum bertindak memukulnya menggunakan penukul.

Mⱥngsⱥ dikejarkan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Polis turut menahan suspek yang memiliki kad pesakit mental serta merampas sebatang penukul besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah, manakala permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan