DUNGUN, 18 Jun 2026: Seorang pekerja pelantar minyak meninggⱥl dunia selepas mengadu mengalami ketidakselesaan pada bahagian dada ketika berada di Pelantar Minyak Guntung-Delta, Paka pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, lelaki tempatan berusia 44 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di pelantar berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.
Menurut beliau, mⱥngsa dipercayai mula mengadu sakit dada sekitar jam 6 pagi sebelum diberikan bantuan pernafasan oleh petugas perubatan pelantar.
"Mⱥngsa kemudian diterbangkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu menggunakan helikopter pada jam 11.22 pagi, namun disahkan mⱥut ketika menerima rawatan di zon merah hospital," katanya.
Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemⱥtian dan kes diklasifikasikan sebagai mⱥti mengejut. Siasatan lanjut masih diteruskan.
Tags
DALAM NEGERI
