Pendaki cedera di Gunung Chemerong berjaya diselamatkan selepas hampir 24 jam


DUNGUN: Operasi menyelamat seorang pendaki lelaki yang mengalami kecederaan akibat kekejangan otot ketika mendaki di Gunung Chemerong, Hutan Simpan Pasir Raja, berjaya ditamatkan selepas hampir 24 jam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu menerima panggilan kecemⱥsan pada jam 1.21 petang Ahad sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat AMBS bersama Pasukan Khas STORM ke lokasi kejadian.

Mⱥngsa yang berada di kawasan Air Terjun Sungai Bangan dilaporkan mengalami kekejangan otot dan tidak mampu meneruskan perjalanan turun.

Lokasi mⱥngsa berada kira-kira tujuh kilometer dari kaki gunung dan memerlukan perjalanan hampir enam jam untuk pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Operasi yang diketuai PPgB Mohammad Azrul Ikhwan Suhailee turut mendapat bantuan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), malim gunung dan beberapa agensi berkaitan.

Sepanjang operasi berlangsung, cuaca dilaporkan baik dan keadaan mⱥngsa stabil.

Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mⱥngsa melalui laluan pendakian yang mencabar sebelum tiba di Pos Kawalan Bomba pada jam 11.55 pagi Isnin.

Mⱥngsa kemudian diserahkan kepada pihak KKM pada jam 12.05 tengah hari untuk tindakan lanjut.

Operasi yang melibatkan 41 anggota dan petugas pelbagai agensi itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.46 tengah hari.

Turut hadir memantau operasi ialah Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, PgKB I Shahrin Yusmar Mat Yusof dan PKPgB Mohd Zailani Abdullah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan