KEMAMAN, 27 Oktober 2026 – Seorang bekas guru lelaki berusia 59 tahun mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas pertuduhan me rø* gøl dan cⱥbul anak perempuan tirinya dalam dua kejadian berasingan pada 2023 dan 2024.
Pengakuan itu dibuat selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. di Mahkamah Sesyen dan Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret.
Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa me rø gøl anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 25 tahun tanpa kerelaannya di sebuah rumah kedai di Kemasik kira-kira 2.20 petang, 20 Mei 2024.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencⱥbul kehormatan mangsa dengan cara mɇraba dan menyentuhnya.
Kesalahan itu didakwa berlaku pada Oktober 2023, antara 12.45 tengah malam hingga 1 pagi, di dalam bilik mangsa di sebuah rumah di Kijal.
Pertuduhan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.
Wan Suhaila membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kes di Mahkamah Sesyen, selain menetapkan syarat supaya tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.
Marsha pula membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi kes di Mahkamah Majistret.
Pendakwaan di Mahkamah Sesyen dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hafiz Mohd. Khair, manakala kes di Mahkamah Majistret dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Arif Mohd. Amin.
Tertuduh diwakili peguam Muhammad Ariff Syarifuddin Saibi.