Jururawat berdepan hukuman penjⱥrⱥ dua tahun, didakwa palsukan 10 MC

May be an image of one or more people, slow loris and text 

PEKAN, 27 Oktober 2026: Seorang jururawat berusia 55 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertūduhan memalsukan 10 sijil cuti sakit (MC) dalam tempoh hampir dua bulan, dari Mac hingga April lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Dia didakwa memalsukan 10 keping sijil cuti sakit yang kononnya dikeluarkan seorang pegawai perubatan di Klinik Komuniti Kuala Pahang, antara 1 Mac hingga 27 April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertūduh boleh dikenakan hukuman penjⱥrⱥ maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berdasarkan keseriusan pertudųhan, selain mengambil kira kedudukan tertùduh sebagai penjawat awam dan kepentingan awam.

Bagaimanapun, peguam Ahmad Deniel Roslan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jumlah jaminan lebih rendah dengan mengambil kira kemampuan kewangan serta tanggungan tertudùh.

Menurut peguam, tertùduh memperoleh pendapatan kira-kira RM3,500 sebulan dan menjadi satu-satunya pencari nafkah keluarga berikutan suaminya mengidap strok serta tidak lagi mampu bekerja selain turut menanggung dua anak yang masih bersekolah.

Majistret Melody Woon Sze Mun kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertùduh melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan sekali sebulan sehingga kes selesai.

23 November ini ditetapkan oleh mahkamah untuk sebutan semula kes bagi pelantikan peguam dan penyerahan dokumen.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan