Malaysia kaji semula kehadiran UNHCR susulan gagal berperanan menempatkan pelⱥrian Røhịngyⱥ

May be an image of text 

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2026: Kerajaan sedang menilai semula keperluan kehadiran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia susulan dakwaan kegagalan agensi itu menempatkan semula pelⱥrian ke negara ketiga.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata prestasi UNHCR ketika ini berbeza berbanding peranannya dalam menangani isu pelⱥrian Vietnam antara 1978 hingga 1990.

Beliau berkata, hanya kira-kira 5,000 pelarian berjaya ditempatkan semula ke negara ketiga dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, dan jumlah itu bukan melibatkan pelⱥrian Røhịngyⱥ, sebaliknya etnik lain dari Myanmar.

Menurutnya, majoriti pelⱥrian Røhịngyⱥ di Malaysia memiliki kad UNHCR, namun usaha untuk menempatkan mereka di negara ketiga masih belum mencapai hasil yang diharapkan.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Mohamad turut menjelaskan bahawa usaha penempatan semula menjadi semakin sukar apabila negara seperti Australia, Jerman dan Amerika Syarikat mengetatkan dasar kemasukan pelⱥrian, termasuk menerusi pendekatan antimigrⱥn.

Sehubungan itu, beliau berkata Malaysia perlu mengadakan rundingan dan libat urus dengan kerajaan Myanmar bagi mencari penyelesaian terhadap isu pelⱥrian yang berlarutan, selain mengelakkan negara terus menanggung beban berkenaan.

Katanya, usaha mengadakan perbincangan dengan Myanmar perlu diteruskan walaupun negara itu mungkin lebih selesa jika dipulaukan oleh masyarakat antarabangsa.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan