KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2026: Seorang pramugara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh ⱥlkohøl sehingga menyebabkan seorang pekerja penyelenggaraan jalan raya mⱥʉt dan seorang lagi cɇdɇrⱥ, Sabtu lalu.
Mohd Iman Nafiz Fong Mohd Sabirin, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @Mohamad Saim.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu kereta Ford Focus Sport dengan kandungan ⱥlkøhol dalam dⱥrah sebanyak 64 miligram bagi setiap 100 mililiter, melebihi had 50 miligram bagi setiap 100 mililiter, sehingga menyebabkan kemⱥtian Faris Irfan Fazli, 29.
Kesalahan itu didakwa berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Parlimen pada jam 4.09 pagi, 24 Oktober lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun, denda RM50,000 hingga RM100,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya 10 tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu kenderaan sama di bawah pengaruh ⱥlkøhol sehingga menyebabkan kecɇdɇraan kepada Ahmad Zakiyamani Zakaria @Yusuff, 49, di lokasi dan waktu yang sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 44(1A)(b) APJ 1987, yang membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun dan denda RM30,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry, mencadangkan jaminan RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta memohon lesen memandu tertuduh digantung dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah kerana bimbang dia melarikan diri.
Bagaimanapun, peguam bela Mohd Anif Rafih memohon jaminan dikurangkan kepada RM30,000 dan membantah penyerahan pasport atas alasan anak guamnya memerlukannya untuk bekerja sebagai pramugara. Beliau turut memaklumkan tertuduh merupakan pencari nafkah tunggal keluarga dan menanggung ibu bapanya, termasuk bapanya yang menghidap penyakit jantung.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin serta menggantung lesen memandunya berkuat kuasa serta-merta. Tertuduh juga diperintahkan melapor diri di balai polis pada setiap 1 haribulan, manakala 30 November ini ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.