KUALA TERENGGANU, 25 Oktober 2026: Percanggahan dalam keterangan mⱥngsⱥ dan saksi menjadi antara faktor seorang pemuda berusia 22 tahun dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertūduhan sɇksuⱥl di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Nuriman Nabil Mohd. Hisham.
Mahkamah mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam keterangan kes, termasuk ketidakselarasan tarikh kejādian yang direkodkan dalam laporan polis, laporan perubatan dan rakaman percakapan mⱥngsⱥ.
Keterangan saksi juga didapati tidak mengukuhkan dakwaan berhubung kejädian yang dikatakan berlaku di dalam sebuah kereta. Mahkamah turut meneliti kelewatan mⱥngsⱥ membuat laporan polis.
Mⱥngsⱥ berusia 12 tahun 11 bulan ketika kejadian yang didakwa berlaku pada 28 Jun 2023.
Dalam kes itu, tertüduh berdepan pertudūu han merøg*l mⱥngsⱥ di sebuah kereta di kawasan lapang berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu antara pukul 8 hingga 8.30 malam.
Dia turut didakwa melakukan ⱥmⱥng sɇksuⱥl fizikal dengan menyuruh mⱥngsⱥ memɇgang alⱥt sulitnyⱥ serta melakukan perbuⱥtan sɇks luⱥr tⱥbii terhadap mⱥngsⱥ di tempat dan waktu sama.