HULU TERENGGANU, 25 Okt 26: Satu kemalangan jalan raya dilaporkan tengah hari tadi pada jam 1:45 tengahari di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), sebelum susur keluar Ajil.
Makluman awal berkata kemalangan terbabit melibatkan sebuah motosikal yang melanggar belakang sebuah pacuan empat roda.
Mⱥngsa, seorang penunggang motosikal, dilaporkan mⱥut di tempat kejadian.
Maklumat lanjut menyusul.
DIKEMASKINI
Penunggang motosikal mⱥut rempuh belakang trak pikap di LPT2
HULU TERENGGANU, 25 Oktober 2026: Seorang penunggang motosikal mⱥut selepas merempuh belakang sebuah trak pikap di Kilometer 399.2, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Ajil, hari ini.
Kemalangan pada 12.53 tengah hari itu turut menyebabkan motosikal Honda C100 ditunggang Wan Amir Faiz Jamal Paisal, 20, hangus terbakar.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Hutan Kuin, Machang, Kelantan selepas menyertai program permotoran di Kuantan, Pahang.
Menurutnya, mangsa dipercayai gagal mengelak sebelum merempuh bahagian belakang trak pikap Toyota Hilux yang berhenti di lorong kecemasan.
Trak pikap berkenaan dikatakan berhenti selepas sebuah motosikal lain yang turut menyertai program sama mengalami kerosakan.
Sharudin berkata, mⱥyat mangsa yang rentʉng dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Pemandu lelaki dan penumpang wanita masing-masing berusia 37 dan 45 tahun yang dalam perjalanan pulang ke Gua Musang dari program sama terselamat tanpa kecɇderaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.