Rɇmaja 17 tahun mengaku bersalah tunjuk ‘angry bird’ kepada isteri orang.

May be an image of text 

Tertuduh turut dimaklumkan sudah berkahwin dan menanggung isterinya yang beru,sia (14) tahun.

MACHANG, 26 Oktober 2026: Seorang rɇm,aja lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Machang hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan lʉ,cⱥh dengan menunjukkan kem,ⱥluannya kepada seorang wanita yang sudah berkahwin pada minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, rɇm,aja itu didakwa melondehkan seluar sehingga menampakkan kem,ⱥluannya kepada wanita berkenaan di atas Jambatan Kampung Sungai Sok, Kuala Krai, kira-kira 1 petang pada 20 Oktober lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Rais Imran Hamid menetapkan 18 November ini untuk fakta kes dan hukuman, selain mendapatkan laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin. Peguam; Mohd Azrizal Hamzi memaklumkan anak guamnya yang tidak lagi bersekolah membantu keluarga dengan melakukan kerja kampung dan memperoleh pendapatan sekitar RM20 hingga RM50 sehari.

Tertuduh turut dimaklumkan sudah berkahwin dan menanggung isterinya yang beru,sia (14) tahun.

Majistret mengingatkan tertuduh supaya hadir pada setiap tarikh prosiding bersama penjaganya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hazim Aqifullah Mohd Amran.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan