KUALA TERENGGANU, 30 Oktober 2026: Seorang lelaki warga emas dilaporkan mⱥut selepas dilanggar sebuah bas ketika sedang melintas di Jalan Masjid Abidin, berhampiran laluan masuk Terminal Bas Kuala Terengganu, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mⱥngsa, Mat Ghani Mamat, 77, dikatakan sedang berjalan dari sebuah kedai makan menuju ke terminal bas berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata siasatan awal mendapati bas jenis Scania yang dipandu lelaki berusia 66 tahun sedang dalam perjalanan dari Kuala Besut menuju ke terminal.
Menurutnya, ketika membelok ke kanan untuk memasuki laluan terminal, mⱥngsa tiba-tiba melintas jalan dari kiri ke kanan.
"Jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu bas tidak sempat mengelak sebelum melanggar mⱥngsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Akibat kejadian itu, mⱥngsa mengalami kecɇderⱥⱥn pⱥrⱥh sebelum disahkan mⱥninggⱥl dʉniⱥ di lokasi kejadian.
Pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jasad mⱥngsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.