Tapir betina kedua mⱥti dipercayai dilanggar dalam bulan Oktober

May be an image of text 

DUNGUN, 30 Oktober 2026: Seekor tapir betina dewasa seberat kira-kira 200 kilogram (kg) ditemukan mⱥti selepas dipercayai dilanggar kenderaan pacuan empat roda di Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Serdang, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata pihaknya menerima makluman orang awam mengenai kejadian itu pada 8.30 malam.

Susulan itu, empat anggota digerakkan ke lokasi pada 9 malam bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan.

"Hasil pemeriksaan mendapati bangkai tapir berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala serta beberapa kesan calar pada badan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lokasi kejadian terletak kira-kira 100 meter dari Hutan Simpan Bukit Bauk dan papan tanda amaran lintasan hidupan liar.

Bangkai tapir berkenaan kemudian diambil tindakan untuk dilupuskan.

Sebagai rekod, kejadian itu merupakan kes kedua tapir betina mⱥti dipercayai dilanggar kenderaan di Terengganu pada bulan ini.

Pada 23 Oktober lalu, seekor tapir betina seberat kira-kira 200 kilogram ditemukan mⱥti di Kilometer 299.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Kijal, Kemaman.

Pemeriksaan ketika itu mendapati haiwan berkenaan mengalami kecederaan di kepala, kesan calar pada badan serta patah kaki belakang kiri.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berhampiran hutan dan lintasan hidupan liar serta peka terhadap papan tanda amaran yang dipasang. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan