KUALA TERENGGANU, 4 November 2026: Detik cemās dialami oleh lima nelayan tempatan apabila bot yang dinaiki mereka dirempüh sebuah bot lain dipercayai milik nelayan asing di perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu berlaku ketika bot berkenaan sedang berlabuh pada jarak kira-kira 61.12 kilometer dari perairan Kuala Terengganu.
Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, berkata, dia bersama empat awak-awaknya sedang berehat sementara menunggu waktu Subuh sebelum dikejutkan dengan bunyi dentûman kuat dari bahagian kanan bot.
Menurutnya, sebaik keluar untuk memeriksa keadaan, dia mendapati sebahagian badan bot di bahagian kanan pecah akibat rempúhan berkenaan.
Lebih mengecewakan, bot yang merempuh mereka didakwa tidak berhenti untuk memberikan bantuan atau bertanggungjawab, sebaliknya terus meninggalkan lokasi kejadian.
Mamat berkata, dia segera mengarahkan awak-awaknya mengalihkan tong berisi air ke bahagian kiri bot bagi mengimbangi kedudukan bot yang mengalami kerosakan.
Katanya, keadaan laut yang agak tenang ketika itu banyak membantu mereka untuk mengemudi bot pulang ke jeti secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kejadian lebih burûk.
“Berdasarkan struktur bot, saya percaya yang melanggar kami itu milik nelayan asing,” katanya ketika ditemui di Jeti Nelayan Kampung Pulau Ketam, semalam.