Fenomena air pasang besar; 64 kampung dikhuatiri terjejas banjir


KUALA TERENGGANU, 2 Jan - Sebanyak 64 kampung di 13 muara sungai di Terengganu dikhuatiri terjejas akibat fenomena air pasang besar yang berlaku dari 1 hingga 5 Januari, dengan paras air antara 2.7 hingga 3.5 meter.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Osman Abdullah, berkata kawasan rendah, pantai dan muara sungai berisiko dinaiki air.

Sebanyak 15 lokasi di daerah Kuala Terengganu yang dijangka dilanda banjir ialah, Kampung Pulau Duyong; Pulau Rusa; Kampung Hiliran; Pulau Sekati; Pulau Ketam; Kampung Losong; Kampung Pulau Duyong Besar; Taman Lembah Harapan; Kampung Kubang Ikan; Taman Tok Adis; Taman Chendering Utama; Taman Desa Setia; Kampung Laut; Kampung Sungai Derhaka; dan Taman Desa MBKT.

Manakala di daerah Kuala Nerus, kawasan yang terlibat termasuk Kampung Seberang Takir; Kampung Ulu Takir; Kampung Baru Seberang Takir; Taman Permint Perdana; dan Taman Tengku Ismail.

Lokasi yang dijangka terjejas di daerah Kemaman ialah Pulau Skepeng Kuala Kemaman; Pengkalan Cicar Bukit Kuang; dan Kampung Bakau Tinggi.

Enam lokasi di daerah Setiu turut dijangka menghadapi masalah banjir, iaitu Kampung Gong Batu; Kampung Pengkalan Gelap; Kampung Limau Nipis; Kampung Fikri; Kampung Kuala Setiu; dan Kampung Telaga Papan.

Di Dungun, kawasan yang dijangka dilanda banjir termasuk Kampung Seberang Pintasan; Kampung Teluk Bidara; Kampung Tanjung Jara; dan Kampung Che Lijah.

Kawasan yang mungkin terjejas banjir di daerah Besut ialah Kampung Pengkalan Atap; Kampung Teluk Budu; Kampung Pantai; dan Kampung Pachakan.

Beliau turut memaklumkan bahawa di daerah Marang, kawasan yang terlibat termasuk Kampung Rusila; Kampung Rhu Dua; Kampung Rhu Rendang; dan Kampung Darat Pak Chan.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan berwaspada dan membuat persediaan awal menghadapi kemungkinan banjir.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan