Jasad Kedua Mangsa Lemⱥs Pantai Sura Tengah Ditemui


DUNGUN | 2 JANUARI 2026: Jasad mangsa kedua yang lemⱥs di Pantai Sura Tengah berjaya ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Samsuddin berkata, jasad Mohd Fazir Shafie, 37, ditemukan pada jam 12.35 pagi, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemⱥs.

Menurutnya, jasad mangsa ditemukan terdampar di pesisir pantai oleh pasukan penyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 1.10 pagi berikutan penemuan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, proses bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, Mohd Fazir dikatakan cuba menyelamatkan kakaknya, Nor Baizura Shafie, 38, yang lemⱥs sebelum kedua-duanya dihanyutkan arus.

Jasad Nor Baizura ditemui pada jam 10.54 pagi semalam, manakala jasad Mohd Fazir yang dihanyutkan ombak berjaya ditemui awal pagi tadi.

TV: Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah kepada keluarga mangsa.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan