DUNGUN | 1 JANUARI 2026: Perkelahan keluarga bertukar tragedi apabila dua beradik dilaporkan lemⱥs dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi di Pantai Sura Tengah.
Jasad Nor Baizura Shafie, 39, dari Kampung Paya Balai Besar, ditemui pada jam 10.54 pagi, manakala adiknya, Mohd Fazir Shafie, 37, yang turut dipercayai lemⱥs, masih belum ditemui.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Sharizal Samsuddin, berkata, pasukan bomba bersama 10 anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
Operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan, namun berdepan kesukaran akibat ombak besar dan arus kuat.
Menurut makluman awal, Nor Baizura lemⱥs ketika sedang mandi di pantai, manakala adiknya, Mohd Fazir lemⱥs ketika cuba menyelamatkan kakaknya sebelum kedua-duanya dihanyutkan arus.
Mangsa yang ditemui disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, dan jasad Nor Baizura dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.
Operasi pencarian masih diteruskan menggunakan bot dengan bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam.
