Seludup dⱥdⱥh masuk penjara, peguam ditahan


KUALA TERENGGANU | 1 JAN 2026: Cubaan menyeludup dⱥdⱥh yang dilakukan oleh seorang banduan lelaki terbongkar apabila pemeriksaan keselamatan penjara menemui objek asing dalam badannya.

Banduan yang berusia 25 tahun itu dipercayai cuba menyeludup dadah ke Penjara Marang dan disyaki dibantu oleh seorang peguam berusia 32 tahun.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pemeriksaan lanjut di Klinik Kesihatan Merchang pada 24 Disember lalu membawa kepada penemuan 12 ketulan disyaki mengandungi pil kuda dan gⱥnjⱥ, manakala 14 ketulan lagi dikeluarkan keesokan harinya, dipercayai mengandungi pil kuda dan Erɨmɨn 5.

Rampasan keseluruhan melibatkan pil (123 gram), gⱥnjⱥ (21 gram) dan erɨmɨn 5 (13 gram) dengan nilai dianggarkan sekitar RM16,000, yang dipercayai boleh digunakan oleh kira-kira 800 penagih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta dⱥdⱥh Berbahaya 1952 dan seorang peguam ditahan reman dari 30 Disember hingga 4 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 107(c) Kanun Keseksaan.

Polis turut meminta kerjasama seorang wanita dikenali sebagai Nurul Norasikin Aladin (Ikin), 30, dari Kampung Batin, Seberang Takir, untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi ASP Mohammad Azmi Awang Lah di talian 010-9213516.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan