SKMM sekat akses Grok di Malaysia bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 11 JAN 2026 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan sekatan sementara terhadap akses AI Grok di Malaysia bermula hari ini.



Hal ini susulan penyalahgunaan berulang untuk menjana kandungan luc ⱥh, sɇ ksuⱥl eksplisit, tidak senonoh melampau serta imej mⱥnɨpulⱥsɨ tanpa persetujuan termasuk kandungan melibatkan wanita dan kⱥnⱥk-kⱥnⱥk.


MCMC memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan notis kepada X Corp dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari lalu menuntut pelaksanaan langkah perlindungan teknikal dan penyeliaan kandungan yang berkesan bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang Malaysia termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Bagaimanapun, maklum balas yang diterima pada 7 dan 9 Januari lalu hanya menumpukan kepada mekanisme pelaporan pengguna dan gagal menangani risiko reka bentuk serta pengoperasian AI berkenaan.


Sekatan itu dikenakan sebagai langkah pencegahan wajar dan akan kekal sehingga perlindungan berkesan dilaksanakan, khususnya bagi melindungi wanita dan kanak-kanak. MCMC turut menggesa orang awam melaporkan kandungan memudaratkan dan membuat laporan polis jika perlu.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan