KUALA TERENGGANU, 23 FEB: Exco kerajaan Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 9 pagi esok.
Sumber memaklumkan lelaki berusia lingkungan 60-an itu disyaki menggunakan jawatannya sebagai anggota Exco dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan pelantikan dua anaknya di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.
Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, mengesahkan pertuduhan itu akan dibuat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman berhubung dakwaan kesalahan yang dipercayai berlaku pada 2018 dan 2020.
Diolah semula dari BERNAMA
Tags
DALAM NEGERI
