HULU TERENGGANU, 13 FEBRUARI 2026: Ramadan kali ini membawa kegembiraan kepada dua keluarga di Hulu Terengganu apabila menerima rumah baharu menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Majlis penyerahan replika kunci disempurnakan oleh Pengerusi KETENGAH, Dato’ Haji Rozi Mamat, semalam bersama Pengurus Besar KETENGAH, Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, sebagai simbol komitmen berterusan terhadap kesejahteraan rakyat.
Penerima pertama, Mohamad Sakri Kadir, 58, dari Kampung Peroh, Ajil, menjadi penerima pertama PPRS dalam wilayah KETENGAH dengan kos pembinaan RM79,000.
Penerima kedua, Zamri Chik, 53, dari Kampung Lubuk Batu menerima rumah di bawah program sama yang sebelum ini dikenali sebagai PPRT, dengan kos pembinaan RM66,000.
Program ini merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar memiliki kediaman lebih selamat dan selesa. Yayasan KETENGAH turut menyampaikan sumbangan dapur gas dan lain-lain kepada kedua-dua keluarga.
Pelaksanaan PPRS mencerminkan usaha berterusan memperkukuh pembangunan komuniti luar bandar agar tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan.
