Penutupan jalan sempena Batu Bersurat Half Marathon 2026


HULU TERENGGANU, 9 FEBRUARI 2026: Beberapa laluan utama di sekitar Hulu Terengganu akan ditutup sementara pada 13 Februari bermula jam 11 malam, hingga 6.30 pagi, 14 Februari sempena penganjuran acara marathon berprestij yang pertama di Hulu Terengganu; Batu Bersurat Half Marathon 2026.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Supt Sharudin Abdul Wahab, berkata penutupan itu bagi memastikan kelancaran acara serta keselamatan peserta dan pengguna jalan raya.


Antara laluan terlibat ialah:

• KM 2 Ajil - Kuala Berang (Lampu Isyarat NSTP)

• KM 2 Jalan Kuala Berang - Tanggol - Wakaf Tapai (Simpang 3 Kg Butut)

• KM 1 Jalan Gaung - Kuala Ping - Teris

• KM 1 Jalan Kuala Berang - Jenagor (Simpang 3 Kg Gaung Pecong/Masjid Kg Gaung)


Laluan alternatif disediakan melalui:

• Plaza Tol Ajil - Kuala Ping

• Ajil - Bukit Perah - Kuala Telemong - Kuala Terengganu

• Laluan sekitar Kg Dusun, Kg Rahmat dan kawasan berhampiran


Penutupan dibuat secara berperingkat dan jalan akan dibuka semula selepas semua peserta melepasi kawasan terlibat.


Polis menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan anggota bertugas bagi mengelakkan kesesakan.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan IPD Hulu Terengganu di talian 09-6812222.


IBU PEJABAT POLIS DAERAH HULU TERENGGANU

Batu Bersurat Half Marathon Officials

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan