Polis Hulu Terengganu selamatkan 3 buruh paksa warga asing


HULU TERENGGANU, 11 FEBRUARI 2026: Polis menyelamatkan tiga lelaki warga Bangladesh yang disyaki menjadi mangsa pemerdagⱥngⱥn mⱥnusia dalam serbuan Ops Pintas di sebuah tapak pembinaan di Hulu Terengganu, pada petang Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Supt Sharudin Abdul Wahab, berkata serbuan kira-kira 4.30 petang itu dilakukan Cawangan D7 JSJ IPK Terengganu bersama IPD Hulu Terengganu. Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dipercayai majikan kepada mangsa.


Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa berusia 29 hingga 44 tahun bekerja sebagai buruh binaan dengan waktu tidak menentu dan tidak dibayar gaji selama lima bulan, menyebabkan mereka terpaksa mencari makanan dengan menangkap ikan dan memungut hasil hutan di sekitar Tasik Kenyir.


Suspek juga dipercayai gagal menyediakan tempat tinggal kondusif selain menyimpan pasport dan permit kerja mangsa.


Mangsa akan menjalani pemeriksaan kesihatan selepas permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO) selesai. Kes disiasat di bawah Seksyen 44 dan Seksyen 12 APTISOM 2007.


Polis menegaskan komitmen mengambil tindakan tegas terhadap kes pemerdagⱥngⱥn mⱥnusia dan menggesa orang awam tampil menyalurkan maklumat.


IBU PEJABAT POLIS DAERAH HULU TERENGGANU

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan