KETETAPAN WAKTU SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026M


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah mengampuni perkenan ketetapan waktu solat Hari Raya Aidilfitri bagi negeri Terengganu tahun ini, bergantung kepada tarikh pengisytiharan Hari Raya.


Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 20 Mac 2026 (Jumaat), solat sunat Aidilfitri akan dilaksanakan pada jam 8.00 pagi.


Manakala jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026 (Sabtu), waktu solat akan diadakan pada jam 8.30 pagi.


Orang ramai khususnya ahli kariah masjid di seluruh negeri diminta mengambil maklum mengenai ketetapan waktu tersebut.


Sumber: JHEAT

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan