BESUT, 10 Mac 2026: Seorang pensyarah lelaki sebuah universiti tempatan ditemui meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Gelam Mas, Keluang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim, berkata mⱥngsa berusia 49 tahun itu ditemui kira-kira 9.38 pagi selepas polis menerima makluman orang awam mengenai bau busuk dari kediaman berkenaan.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederⱥan atau unsur jenⱥyah pada tubuh mⱥngsa.
“Mⱥngsa dipercayai mempunyai sejarah penyakit jantung,” katanya.
Jasad mⱥngsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai laporan mⱥti mengejut (SDR).
Polis turut menasihatkan orang ramai supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang kejadian luar biasa di kawasan kediaman atau komuniti mereka.
Tags
DALAM NEGERI
