Kompleks beli belah dan pasaraya diarah tutup pada 1 Syawal


KUALA TERENGGANU, 11 Mac 2026: Semua kompleks beli-belah, pasar raya besar dan pasar raya termasuk Mr DIY dan Eco Shop dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarahkan tutup sepenuhnya pada 1 Syawal.


Menurut notis yang dikeluarkan, premis makanan segera, kedai serbaneka serta kedai runcit 24 jam seperti 7-Eleven, dan lain-lain pula diarahkan tutup bermula 12 tengah malam 1 Syawal hingga 1 tengah hari pada hari raya pertama.


Arahan itu bertujuan menghormati Aidilfitri selain memberi peluang kepada pekerja beragama Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri serta menyambut hari raya bersama keluarga.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan