KUALA NERUS, 8 Mac 2026: Misteri kehilangan remaja lelaki, Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, sejak Khamis lalu terjawab apabila dia ditemui mⱥut selepas motosikal ditungganginya dipercayai terbabas berhampiran Beting Lintang, Besut.
Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Noriza Awang, 50, yang memaklumkan keluarga reda menerima berita tersebut.
Sebelum ini, remaja berkenaan yang menunggang motosikal Yamaha R15 dilaporkan kali terakhir dikesan di stesen minyak Petron Beting Lintang sebelum dilaporkan hilang.
Ketika kejadian, keluarganya dalam perjalanan dari Terengganu ke Cameron Highlands, Pahang untuk bercuti. Ahmad Azreeq menunggang motosikal manakala ahli keluarga lain menaiki kereta.
Mangsa dilaporkan hilang pada awal pagi Jumaat dan polis mengesahkan mangsa kali terakhir dikesan di sebuah stesen minyak menerusi rakaman CCTV.
Kehilangan remaja itu sebelum ini mencetuskan kebimbangan keluarga selepas gagal dihubungi sebelum akhirnya mangsa ditemui mⱥut.
Tags
DALAM NEGERI
