Sultan Terengganu sempurnakan Majlis Pengurniaan Bantuan Aidilfitri


KUALA TERENGGANU, 12 Mac: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bantuan Aidilfitri 1447H kepada golongan fakir miskin dan pelajar sekolah di Istana Syarqiyyah semalam.


Majlis anjuran Yayasan Diraja Sultan Mizan dan Yayasan Tuanku Nur Zahirah itu bertujuan membantu golongan sasar membuat persiapan menjelang Aidilfitri.


Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Mohd Fadzli Yusof, berkata seramai 200 fakir miskin dari seluruh daerah di Terengganu dipilih menerima kurniaan tersebut.


Selain itu, bantuan turut diberikan kepada asnaf lain termasuk pengusaha bot penambang, penarik beca, pesara polis serta bidan dan jururawat masyarakat.


Pada masa sama, 300 murid dan pelajar daripada keluarga miskin melibatkan 10 sekolah turut menerima sumbangan, selain dua madrasah yang masing-masing melibatkan 30 pelajar.


Seorang penerima, Rohani Mohamad, 55, menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan pihak istana dan yayasan yang membantu menampung perbelanjaan menjelang Aidilfitri.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan