KUALA TERENGGANU, 27 April 2026: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu merekodkan 1,420 kes kebakaran terbuka dari 1 Januari hingga semalam.
Pengarahnya, Nor Mahathir Muhamad, berkata Kuala Nerus mencatat kes tertinggi (252 kes), diikuti Kemaman (236) dan Dungun (205).
Kebakaran kebanyakannya melibatkan belukar dan lalang (1,121 kes), selain hutan dan kebun.
Menurutnya, trend peningkatan menunjukkan risiko kebakaran semakin tinggi, justeru orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka.
Kesalahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling dengan denda sehingga RM500,000 atau penjara.
Tags
DALAM NEGERI
