Cuba selamatkan rakan, pelajar UMT ditemui lemⱥs


SETIU, 19 April 2026: Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ditemukan lemⱥs di Sungai Ulu Kasar, Sungai Tong di sini hari ini ketika cuba menyelamatkan rakannya.


Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris, berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.48 petang.


Menurutnya, mⱥngsa, Suraya Hassan, 22, bersama beberapa rakan sedang berkelah dan mandi di sungai berkenaan sebelum salah seorang daripada mereka hampir lemⱥs.


“Mⱥngsa bersama seorang lagi rakan bertindak membantu, namun dalam keadaan itu mⱥngsa pula lemⱥs,” katanya.


Seorang lagi rakan, Nur Najwa Farina Mohamed, 25, turut hampir lemⱥs namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Setiu.


Suraya disahkan meninggⱥl dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sri Langkap.


Jasad mⱥngsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan