VIDEO: Wanita hampir dirempuh ketika membeli di kiosk jalanan


Hulu Terengganu, 19 April 2026: Seorang wanita nyaris dirempuh sebuah kereta ketika sedang membeli makanan di kiosk di bahu jalan berhampiran dengan Dewan Sivik Ajil, kira-kira 3.40 petang tadi


Rakaman CCTV dari kiosk menunjukkan sebuah Perodua Viva dilihat meluncur laju sebelum merempuh belakang sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir sebelum terbabas dan terbalik.


Perodua Bezza yang difahamkan baru dibeli seminggu lalu mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang.


Wanita terbabit yang berada berhampiran tempat kejadian terselamat tanpa sebarang kecederaan.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Laporan lanjut menyusul.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan