Seorang guru wanita berusia 57 tahun direman selama dua hari bagi membantu siasatan kemalangan tragis yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan di hadapan surau SMK Tanjong Mas semalam.
Perintah reman dikeluarkan oleh Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian sekitar 1.50 tengah hari, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas dipercayai dirempuh kenderaan dipandu guru terbabit.
Menurut Mohd Azmir Damiri, siasatan awal mendapati pemandu dipercayai tersalah menekan pedal minyak sebelum kenderaan terbabas dan melanggar mangsa.
Insiden itu turut menyebabkan seorang lagi pelajar cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Tags
PANTAI TIMUR
