JAKARTA, 28 April 2026: Sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan mⱥut manakala 81 lagi cedera selepas dua tren bertembung berhampiran Stesen Bekasi Timur, Jawa Barat, malam tadi.
Jurucakap PT Kereta Api Indonesia (KAI), Anna Purba, berkata operasi menyelamat masih diteruskan bagi mengeluarkan mⱥngsa yang terperangkap, termasuk dua individu yang dilaporkan masih hidup dalam runtuhan gerabak.
Beberapa mⱥngsa dilaporkan menceritakan kejadian berlaku secara tiba-tiba dengan bunyi dentuman kuat sebelum berlaku kekecohan dalam tren.
Jurucakap pengendali tren, Franoto Wibowo, berkata tren jarak jauh dipercayai melanggar sebuah kenderaan di lintasan, menyebabkan tren komuter berhenti sebelum dirempuh dari belakang.
Menurut pihak berkuasa, beberapa gerabak mengalami kerosakan teruk dan operasi menyelamat melibatkan pelbagai agensi termasuk tentera, bomba dan pasukan penyelamat.
Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad, berkata jumlah mⱥngsa dijangka meningkat berikutan operasi masih berjalan.
Sumber: AFP, Al Jazeera
