13 Bilik Di SK Kampung Baru Tok Dor Musnah Dalam Kebakaran


BESUT, 10 Mei 2026: Sebuah bangunan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Tok Dor musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah hari semalam, menyebabkan 13 bilik sekolah hangus terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.13 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 25 kilometer dari balai pada jam 1.39 petang.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah bangunan jenis sementara yang musnah 100 peratus. Antara bilik terlibat ialah bilik buku teks, stor sukan, bilik muzik, koperasi sekolah, bilik tayangan serta bilik kesihatan dan kemahiran hidup.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Seramai 15 anggota dari BBP Jertih dengan bantuan BBP Besut terlibat dalam operasi memadam kebakaran sebelum api berjaya dikawal pada jam 1.52 petang. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.18 petang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan