iSMG 4.0 Himpun Ribuan Peminat Skuter, Meriahkan Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 10 Mei 2026: Bandar raya Kuala Terengganu menjadi tumpuan ribuan peminat skuter dari dalam dan luar negara menerusi penganjuran International Scooterian Mega Gathering 4.0 X D’Kobe Fest di Dataran Shahbandar.

Program selama empat hari bermula 7 hingga 10 Mei itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris.

Bertemakan “Ride As One – iSMG”, acara itu menghimpunkan komuniti scooterist dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura sekali gus mengeratkan hubungan peminat permotoran dari pelbagai negara.

Menurut Razali, penganjuran acara berskala besar seperti iSMG 4.0 memberi kesan positif kepada ekonomi negeri terutama sektor perhotelan, pengangkutan dan perniagaan kecil di Terengganu.

Katanya, kehadiran ribuan peserta bukan sahaja memeriahkan suasana, malah membantu mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan berasaskan acara di rantau ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan