KUALA NERUS, 12 Mei 2026: Dua beradik perempuan yang dilaporkan hilang selepas mandi di Sungai Jeram Pasar, Kampung Jeram Hulu, petang tadi ditemukan lemⱥs kira-kira jam 6 petang.
Mⱥngsa dikenali sebagai Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, dan adiknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12.
Pegawai Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Terengganu, Baharum Muhamad Hasim berkata, kedua-dua mⱥngsa ditemukan di dasar sungai pada kedalaman kira-kira tujuh meter dan sekitar 50 meter dari lokasi dipercayai mereka tenggelam.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 14 anggota termasuk empat anggota PPDA dengan pencarian dilakukan menerusi dua selaman sebelum kedua-dua mⱥngsa berjaya ditemukan pada selaman kedua kira-kira jam 6 petang.
Jasad kedua-dua mⱥngsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi SAR ditamatkan.
Dalam kejadian itu juga, dua lagi kanak-kanak bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian.
Seorang daripada mⱥngsa yang terselamat, Noor Shaqira Abdul Fatah kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dilaporkan stabil, manakala Nurul Ain Fatihah Mohd Zamri, 12, tidak mengalami kecederaan serius.
