Penunggang motosikal mⱥut rempuh Myvi keluar simpang


KEMAMAN, 13 Mei 2026: Seorang penunggang motosikal mⱥut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah Perodua Myvi yang dipercayai tiba-tiba keluar simpang di Kilometer 158 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran lampu isyarat Geliga, Kemaman, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mⱥngsa, Zulkarnain Rawi, 51, yang bekerja sebagai pemandu lori, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Mohd. Razi Rosli berkata, ketika kejadian mⱥngsa yang menunggang motosikal KTM 250 Duke dalam perjalanan dari Chukai menuju ke Chendor, Kuantan.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mⱥngsa gagal mengelak sebelum merempuh Perodua Myvi yang dipandu lelaki warga emas berusia 78 tahun dan dipercayai baru keluar dari pusat dialisis berhampiran.

Beliau berkata, mⱥngsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Pemandu Perodua Myvi pula mengalami kecederaan ringan pada tangan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan