KUALA LUMPUR: Keluarga tiga pekerja yang terkorban dalam tragedi pelantar luar pesisir Sepat layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, berkata semakan mendapati semua mⱥngsa mempunyai caruman aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Menurutnya, balu Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria akan menerima faedah orang tanggungan bulanan seumur hidup manakala anak mereka berusia 10 tahun akan menerima bantuan sehingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama.
Katanya, balu Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam yang kini hamil tujuh bulan turut layak menerima faedah bulanan serta bantuan pengurusan pengebumian RM3,000.
Sementara itu, keluarga Allahyarham Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid akan menerima bantuan pengurusan pengebumian kerana mⱥngsa belum berkahwin dan merupakan anak yatim.
Dalam masa sama, Perkeso turut memantau keadaan seorang lagi pekerja yang cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Terdahulu, tiga lelaki dilaporkan mⱥut manakala seorang cedera dalam kemalangan ketika latihan pemindahan kecemⱥsan menggunakan bot penyelamat di pelantar minyak luar pesisir Terengganu-Pahang Ahad lalu.
