Gabungan acara jangka tarik lebih 40,000 pengunjung ke Marang


MARANG, 3 Mei: Lebih 40,000 pengunjung dijangka membanjiri Marang sempena penganjuran Karnival Candat Sotong dan International Kapas Marang Swimathon 2026.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Terengganu, Datuk Razali Idris, berkata Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menggabungkan kedua-dua acara itu dalam Kalendar Musim Mencandat Sotong Terengganu pada tahun hadapan bagi menarik lebih ramai pelancong.


Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, merasmikan Karnival Candat Sotong di Pulau Kekabu semalam.


Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Ustaz Sulaiman Sulong dan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.


Hadir sama, Pegawai Daerah Marang, Encik Zulkifli Isa serta Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman.


Karnival selama empat hari bermula 30 April hingga 3 Mei itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan