Gol tunggal Mabatshoev hadiah penutup manis buat Terengganu FC


KOTA KINABALU, 15 Mei 2026: Terengganu FC menutup kempen Liga Super 2025/2026 dengan kemenangan 1-0 ke atas Sabah FC dalam aksi di Stadium Likas, sebentar tadi.


Selepas gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan terakhir, skuad Penyu akhirnya kembali meraih tiga mata sekali gus menamatkan musim dengan nota positif.


Penyerang import, Shervoni Mabatshoev muncul wira Sang Penyu apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-80 untuk memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat.


Kejayaan itu turut menyaksikan Terengganu menamatkan saingan liga di tangga kelima, manakala Sabah FC menutup musim di kedudukan kesembilan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan