KUALA LUMPUR, 16 Mei 2026: Terengganu Marvels mencipta kebangkitan dramatik dengan mencatat kemenangan tipis menewaskan Johor Jewels 55-53 dalam aksi Netball Super League di Stadium Juara, Bukit Kiara, malam tadi.
Johor Jewels memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila mendominasi suku pertama untuk mendahului 15-10 sebelum mengekalkan kelebihan 26-23 pada separuh masa pertama.
Pasukan Jewels terus memberi tekanan pada suku ketiga, namun Marvels berjaya memperkemaskan permainan bagi merapatkan kedudukan dengan hanya satu mata memisahkan kedua-dua pasukan, 41-40.
Memasuki suku terakhir, perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan dalam usaha memburu kemenangan.
Bagaimanapun, Terengganu Marvels lebih tenang di penghujung aksi untuk meraih kemenangan sekaligus mendahului carta pusingan awal berkenaan.
Pemain Johor Jewels, Fariha Razak dipilih sebagai Queen of the Court selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlawanan.
Tags
SUKAN
