KUALA LUMPUR, 13 Mei 2026: Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol bagi tempoh 14 hingga 20 Mei susulan penurunan harga pasaran minyak antarabangsa.
Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan harga diesel tanpa subsidi di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.87 seliter berbanding RM5.17 sebelum ini.
Harga petrol RON97 tanpa subsidi pula turun 20 sen kepada RM4.70 seliter, manakala RON95 turut mencatat penurunan 15 sen kepada RM3.87 seliter.
Menurut kementerian itu, penurunan harga dibuat selaras formula Automatic Pricing Mechanism (APM) berikutan harga minyak dunia yang menunjukkan trend menurun.
Bagaimanapun, kerajaan menjelaskan harga bahan api global masih berada pada paras tinggi susulan konflik di Asia Barat selain peningkatan kos logistik dan insurans.
Katanya, risiko gangguan laluan di Selat Hormuz turut memberi tekanan terhadap bekalan minyak dunia dan kerajaan menggesa rakyat menggunakan bahan api secara berhemah dalam keadaan pasaran yang masih tidak menentu.
Tags
SEMASA
