PASIR PUTEH, 9 Mei 2026: Kegembiraan dua kanak-kanak bermain pasir bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mⱥut selepas dipercayai dihempap tiang konkrit dalam kejadian di Kampung Telaga Papan, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mⱥngsa, Mohamad Yusof Nor Ismail, 12, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Seorang lagi kanak-kanak yang juga bapa saudaranya, Muhamad Yunus Nasir, 12, cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Fakarudin Abu Hassan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai sedang bermain serta menggali lubang di kawasan tanah berpasir berhampiran rumah mereka sebelum tiang konkrit berhampiran tiba-tiba tumbang lalu menghempap mereka.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.55 petang dan sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mⱥngsa telah dikeluarkan orang awam. Jenazah kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk tindakan lanjut.
