KUALA LUMPUR, 28 Mei 2026: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan dan kebajikan pelajar khususnya melibatkan salah laku seksuⱥl di institusi pendidikan di bawah agensi itu.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata mana-mana guru yang menerima aduan berkaitan gangguan atau salah laku seksuⱥl terhadap pelajar akan digantung tugas serta-merta sementara siasⱥtan dijalankan.
Menurutnya, laporan polis turut akan dibuat dan guru terbabit ditempatkan di pejabat MARA negeri sehingga siasⱥtan selesai.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan aktivis pendidikan dan bekas guru, Mohd Fadli Salleh, mengenai seorang guru lelaki MRSM yang didakwa masih mengajar walaupun berdepan pertuduhan mencⱥbul pelajar Tingkatan Tiga.
Asyraf bagaimanapun menjelaskan guru terbabit sebenarnya sudah dipindahkan ke pejabat MARA negeri dan tidak lagi mengajar di sekolah berkenaan.
Katanya, beliau turut mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA menyediakan laporan lengkap berhubung isu itu dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kecuaian.
Tags
NASIONAL
