Kerajaan Negeri Akan Senarai Hitam Penganjur Ingkar Garis Panduan


KUALA TERENGGANU, 23 Mei 2026: Kerajaan Negeri Terengganu akan menyenarai hitam mana-mana penganjur acara hiburan atau persembahan yang gagal mematuhi syarat serta garis panduan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata semua PBT termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mempunyai garis panduan jelas berkaitan penganjuran acara hiburan, pelancongan dan sukan.

Menurutnya, isu pelanggaran syarat tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua peraturan dipatuhi sepenuhnya, namun masih terdapat kemungkinan kelemahan dari sudut penguatkuasaan.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli majlis PBT di seluruh Terengganu dalam masa terdekat bagi memperkukuhkan aspek penguatkuasaan.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam penganjur yang gagal mematuhi syarat ditetapkan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan