Program Musing Ketang di Kampung Budaya Terengganu tarik ribuan pengunjung


KUALA TERENGGANU, 23 Mei 2026: Kampung Budaya Terengganu (KBT), Losong dijangka menerima kunjungan hampir 10,000 pengunjung sempena Program Musing Ketang yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga Ahad ini.

Program bersempena cuti sekolah itu menampilkan pelbagai aktiviti seni, budaya dan warisan tradisional Terengganu yang menjadi tarikan utama kepada pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Antara aktiviti yang mencuri perhatian termasuk demonstrasi pembuatan tikar kercut, seni ukiran tembaga, pembuatan wau, replika bot tradisional serta seni batik yang menjadi identiti warisan negeri.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, YB Sulaiman Sulong berkata, penganjuran program seperti ini mampu menghidupkan semula minat masyarakat terhadap seni warisan tradisional.

Menurutnya, ia juga memberi impak positif kepada sektor pelancongan negeri melalui penglibatan penggiat seni serta komuniti setempat.

Program Musing Ketang turut disertai pelbagai agensi pelancongan negeri termasuk Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, MOTAC Terengganu dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan