Lelaki menyamar pegawai imigresen cuba tipu buruh Bangladesh


MARANG, 16 Mei 2026: Tindakan tiga lelaki tempatan menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk memperdaya sekumpulan buruh warga Bangladesh di Kampung Surau Haji Yaakob, Bukit Payung gagal apabila kegiatan mereka disedari mⱥngsa, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, dua suspek dipercayai datang ke rumah kongsi pekerja binaan sebelum memperkenalkan diri sebagai pegawai imigresen dan meminta pasport diserahkan.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata, salah seorang suspek turut meminta telefon bimbit mⱥngsa diserahkan, namun tindakan itu menimbulkan rasa curiga.

“Mⱥngsa kemudian memanggil beberapa rakannya yang berada berhampiran sebelum suspek cuba melarikan diri. Berlaku pergelutan dan dua suspek dipercayai mengeluarkan parang,” katanya.

Menurut beliau, seorang buruh Bangladesh mengalami kecederaan di kepala dan jari manakala dua suspek turut cedera dalam kejadian tersebut.

Polis berjaya menahan dua suspek yang juga adik-beradik berusia 29 dan 36 tahun, manakala seorang lagi suspek yang bekerja sebagai tukang cat masih diburu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan